Info Bekam

Bekam (Al Hijamah)

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksin (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
Sabda Rasulullah SAW…
“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)

Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.
Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.

JENIS-JENIS BEKAM

BEKAM KERING
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.

BEKAM BASAH
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.
Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.

BEKAM API
Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.

Faedah Berbekam
  • Ø  Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit di sebabkan terlalu banyak mengambil ubat
  • Ø   Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
  • Ø   Memulihkan sistem badan agar berfungsi dengan lebih baik
  • Ø   Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat
  • Ø   Menguatkan & menambah daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
  • Ø   Membuang angin di dalam badan
  • Ø   Membuang darah kotor di dalam badan
  • Ø   Melancarkan pengaliran darah ke seluruh sistem tubuh

Penyakit yang boleh diubati dengan kaedah bekam:
  • Ø  Migrain
  • Ø  Insomnia
  • Ø  Sinusitis/Resdung
  • Ø  Masalah Pada Mata
  • Ø  Kolestrol Tinggi
  • Ø  Masalah Angin
  • Ø  Masalah Sakit Gigi
  • Ø  Masalah Asthma/lelah dan paru paru
  • Ø  Batuk,Hati/Liver/Hepatitis
  • Ø  Pundi Hempedu,Pankreas/Diabetis
  • Ø  Masalah Sakit Pinggang
  • Ø  Masalah Lengoh Paha/Betis,Buasir
  • Ø  Masalah Kaki Kebas
  • Ø  Sakit Tumit
  • Ø  Masalah Sakit Jantung
  • Ø  Masalah senggugut/Haid
  • Ø  Lenguh Pada Bahu
  • Ø  Betis,Batukarang,Sembelit,Sakit lutut
  • Ø  Sakit Kepala/Jerawat
  • Ø  Lemah Tenaga Batin
  • Ø  Stroke
  • Ø  Masalah Buah Pinggang
  • Ø  SIHIR


PERBEZAAN BEKAM DAN DERMA DARAH

BERBEKAM
         
 DERMA DARAH
Darah dari kalipari
Darah dari arteri
Mengeluarkan toksid dan kotoran sahaja
Semua kandungan bendalir keluar
Tidak keluar semua darah putih
Keluar sel darah putih beserta sel darah merah
Keluarkan zat besi berlebihan (elak talasemia)
Mengeluarkan mineral dan zat besi dari tubuh


No comments:

Post a Comment