Friday 11 November 2016

MIGRAIN MEMBAWA MAUT????

Migrain! Selalu saja kita dengar perkataan migrain tapi tidak pula kita ketahui apa puncanya bukan? Bila migrain datang, kita pasti cari panadol, minyak kapak, balm, supplement, dan sebagainya. TAPI migrain tetap tak hilang dan kalau sembuh hanya untuk seketika. Kadang-kadang rasa nak hentak kepala kat dinding ataupun keluarkan otak dr kepala sebab terlalu sakit dan membuatkan tak selesa utk melakukan aktiviti harian. Mula la tak selera nak makan dan sebagainya. Mari kita lihat tanda tanda migrain.. JOM. 

·         Aura

Ada ketika orang migrain nampak macam ada bintik-bintik cahaya kat mata, ada garisan cahaya. Ia berbeza ikut orang. Ada yang bentuk zig zag.

Aura ni tak semestinya tanda migrain, tapi kebanyakan orang migrain akan nampak. Punca aura ni mungkin sebab berlaku gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.


·         Rasa Tertekan

Orang migrain akan rasa tiba-tiba mood jadi down dan tertekan. Kajian dari American Academy of Neurology 2010 menunjukkan rasa tertekan yang terlalu kerap boleh menyebabkan migrain jadi lebih teruk.


·         Kurang Tidur

Orang yang migrain akan tak dapat tidur dengan lena, bangun tidur dengan lesu sebab kerap kena serangan migrain. Ramai yang kena insomnia atau susah nak tidur kesan dari migrain.

Kurang tidur dan migrain pun ada kaitan lain, di mana orang yang kurang tidur juga boleh jadi penyebab migrain.


·         Hidung tersumbat atau mata berair.

Sesetengah orang yang ada migrain mempunyai simptom sinus atau macam resdung. Hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata.

Satu kajian menunjukkan 90% dari mereka yang ada sakit kepala sebab sinus atau resdung mempunyai migrain.(kajian dari GlaxoSmithKline, pengeluar ubat migrain)



·         Keinginan makan yang tinggi

Sebelum serangan migrain, sesetengah pesakit migrain akan ada keinginan makan yang tinggi. Keinginan makan coklat adalah salah satu contoh biasa.


·         Sakit Berdenyut di Sebelah Kepala atau di Kedua-dua belah kepala

Simptom atau tanda ini adalah paling biasa di kalangan orang yang kena migrain. Biasanya ia adalah rasa sakit pada sebelah kepala sahaja.

Dari satu survey online yang dijalankan di kalangan pesakit migrain, 50% selalu mengalami tanda ini dan 34% sahaja yang merasakannya tidak terlalu kerap.


·         Sakit belakang mata

Sakit migrain kadang-kadang di rasai di belakang mata. Ada yang ingat ia disebabkan oleh mata letih, tapi sebenarnya ia adalah tanda sakit kepala dan migrain.


·         Sakit Tengkuk

Sebelum kena migrain, ada beberapa pesakit menyatakan yang tengkuk mereka sakit. Ada juga yang kena sakit tengkuk lepas migrain.

Satu kajian online mendapati 38% pesakit selalu rasa sakit tengkuk dan 31%daripadanya hanya merasai sakit tengkuk kadang-kadang sahaja.


·         Kerap kencing

Jika anda merasai simptom kerap ke tandas, anda mungkin mengalami migrain. Ia mungkin fasa pencetus kepada migrain yang berlaku mungkin awal sejam dari kena migrain atau boleh jadi awal 2 hari dari sakit migrain


·         Kerap menguap

Kerap menguap juga mungkin tanda migrain akan menyerang. Ia tidak seperti menguap disebabkan mengantuk malah ia lebih kerap berbanding biasa.


·         Kebas atau hilang deria rasa

Orang yang kena migrain ada juga yang rasa kebas bermula hujung jari naik ke tangan dan sehingga muka.


·         Loya dan muntah

Satu kajian yang dijalankan kepada 3700 orang pesakit migrain, 73%mengalami loya dan 29% daripada muntah-muntah. Satu kajian lain mendapati pesakit migrain yang ada loya disebabkan migrain akan merasa lebih sakit dan susah nak baik berbanding yang tidak loya atau kurang rasa loya.


·         Sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau

Orang sakit migrain biasanya tak boleh berhadapan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi boleh menyebabkan sakit kepala mereka bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan mereka bertambah sakit.


·         Aktiviti yang menyakitkan

Aktiviti biasa seperti berjalan dan naik tangga mungkin menjadi pencetus sakit migrain. Orang yang merasa sakit kepala apabila melakukan aktiviti biasa tersebut mungkin tanda ia akan diserang migrain.


·         Percakapan yang susah difahami

Percakapan orang yang kena migrain susah nak difahami.  Gangguan ini mungkin tanda migrain. Namun, jika anda mengalami masalah ini, anda harus membuat pemeriksaan doktor kerana takut ia juga tanda orang yang kena strok.


·         Lemah sebelah badan

Tanda ini dialami oleh sesetengah orang sebelum diserang migrain. Namun, ia juga tanda kepada strok dan anda harus membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.


Anda mesti ada tanda di atas bukan? YA! MESTI ADA!

     Seperti yg diperkatakan di title tadi, adakah migrain membawa maut?? YA, jika tidak dirawat dan menjadi serius. 
      
     APA SOLUTION YANG ADA???

    Marilah BEKAM dan buang darah kotor yang tersimpan dalam tubuh. Istiqamah dengan rawatan sunnah in shaa Allah akan sembuh. Bekam bukan saja membuang darah kotor malah membuang angin juga. Ayuh! Rawat migrain segera!!



1 comment:

  1. The Best Casinos in Palm Springs, CA | Mapyro
    What is The Best 광양 출장샵 Casinos in Palm Springs, CA? 목포 출장샵 · 진주 출장마사지 Golden Nugget Casino · Caesars Casino · Golden Nugget 영천 출장마사지 Casino · Hollywood 벳 365 Casino · Hard Rock Casino · Liberty

    ReplyDelete